Tanggal 11 Januari 2009 pastinya meninggalkan kenangan manis dan terindah buat 2 selebriti terkenal, Diva Popular dan Raja SMS...Masakan tidak, pada tarikh itu Dato' Siti Nurhaliza meraikan hari ulangtahun ke-30...manakala Mawi dan Ekin di arak..diraikan bagaikan Raja dan Permaisuri Negara Arab ketika majlis persandingan kali ke-tiga bertemakan Hikayat 1001 malam di Hotel Palace of The Golden Horses..
Tapi tidak bagi aku........
Tarikh 11 Januari 2009 akan aku ingat sampai bila2 bila aku kehilangan datuk tersayang..... Haji Abdul Aziz Bin Ngah Othman.... ALFATIHAH...
Masih aku ingat lagi...seawal 5.00 pagi, aku menerima panggilan telefon dr mama di Penang..suara mama yang menangis membuatkan aku cemas dan seakan tidak percaya bila aku terdengar mama berkata " Akak...Wan dah takde!"
Aku tergaman...sedih..pilu..sebak...panik...semuanya ada...Tanpa buang masa aku terus mengemas beg dan bersiap2 utk pulang ke kampung di Kuala Kangsar, Perak dengan abang dan kak iparku..
Lebih kurang pukul 10 pagi..aku sampai di kampung halaman...Suasana pilu dan sedih menyelubungi aku secara tiba2 bila melihat ramai orang dah memenuhi ruang rumahku... Tak dapatku tahan perasaan bila aku dipeluk dan diredakan oleh mama dan abahku...Dengan sedikit kekuatan, aku masuk ke rumah utk menatap jenazah...aku terduduk saat aku lihat arwah sudah tak bernyawa lagi..Opah aku setia menanti disisi jenazah...lantas aku kucup dahi arwah sambil mulutku tak henti2 membaca Al-Fatihah untuk arwah...aku terus hadiahkan bacaan Yassin pada arwah sejurus itu...
Tetamu yang hadir tak henti2 memberi penghormatan terakhir dengan sedekahkan Al-Fatihah pada arwah..Alhamdulilah, wajah arwah nampak seperti orang yang sedang tidur...tenang dan aman..Aku difahamkan oleh makcik2 aku, arwah meninggal akibat sakit dada dan serangan jantung..tapi pemergian arwah secara mendadak sukar untuk aku dan sesi keluarga terima..hingga ke saat ini aku bagai bermimpi yang ini semua hanyalah igauan aku semata2...
Sebagai cucu yang pernah dijaga oleh arwah semasa kecil, aku berasa bangga bila melihat arwah disempurnakan oleh kaum keluarga kami sendiri..Dari saat arwah dimandikan dan dikafankan...sehinggalah arwah dikebumikan, hanya anak, menantu dan cucu2 arwah yang menguruskan arwah dengan diketuai oleh Pak Iman..dan aku sempat memberi penghormatan terakhir utk memandikan jenazah..walaupun airmata tak henti2 mengalir, tapi aku kuatkan hati untuk menghadapi kerana tak sanggup untuk menyiksa arwah lagi...biarlah pemergian arwah kami iringi dengan doa dan bacaan Yassin dengan harapan arwah tenang dan aman disana..ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...AMIN...
Selesai urusan mandikan jenazah, arwah sedia untuk dikafankan...sekali lagi aku dihimpit perasaan sedih kerana inilah kali terakhir aku akan menatap wajah arwah...arwah kami hiasi dengan doa restu..redha dalam hati...dan wangian Al-Fatihah agar semuanya berjalan dengan lancar..aku mengucup pipi dan dahi arwah buat kali terakhir sebelum jenazah arwah dikafan keseluruhannya...terasa sejuk dahi arwah..wajah arwah seperti orang yg sedang tidur membuatkan aku rasa tenang..sempat aku titipkan azimat dan pesanan pada arwah..yang aku akan ubah hidup aku dan jadi orang yg berguna..dan janji aku bahawa aku akan sekerap yg mungkin melawat arwah nanti..dan pastinya doa yang tak putus2 buat arwah...Jenazah terus disembahyangkan setelah selesai dikafan..masa kurasakan berjalan dengan cepat sekali...
Jam sudah menunjukkan pukul 12.20 tengahari..jenazah arwah telah selamat dikafan dengan sempurna...Kami masih menunggu ketibaan sepupu aku dr Muar..aku tahu saat itu, sepupu aku menaruh harapan utk melihat arwah kali terakhir...dan aku dpt rasakan apa perasaan sepupu aku saat ini...masakan tidak, sepupu aku lebih rapat dengan arwah berbanding aku..sifat arwah yang suka bergurau..bermanja dengan anak cucu membuatkan arwah disenangi oleh semua orang..sementara menantikan sepupu aku sampai..dan juga kereta jenazah..aku menemani arwah dengan membaca Yassin berulang kali...Sekali sekala terdengar tangisan esak dr abah aku disebelah..walaupun arwah hanya bapa mertua, tapi aku cukup masak dan tahu sejauh mana akrab abah aku dengan arwah..arwah dah anggap abah aku sebagai anak sendiri..masakan tidak, sejak abah aku merantau dan meninggalkan kampung halaman di Santubong, Kuching..hanya arwah tempat abah aku menumpang kasih ayah dan mengadu nasib..aku mengerti perasaan abah saat itu...Opah masih disisi arwah..setia menanti suami tercinta yang terlebih dahulu dijemput oleh Ilahi...seketika kemudian adik dan abang aku duduk di sisi arwah dan terus menghadiahkan bacaan Yassin..perasaan sebak makin menghimpit perasaan aku saat mendengar bacaan Yassin dr adik bongsu aku..seketika kemudian aku lihat abang aku menangis dan mengenangkan kembali segala memori indah bersama arwah..airmata yang mengalir di pipi abang aku cukup mengambarkan perasaan abang aku..aku tahu ada bisikan kata2 yang abang aku sampaikan pada arwah...seperti aku juga...Aku teruskan membaca Yassin sehinggalah azan berkumandang menandakan masuknya waktu Zuhur..aku memohon izin dr opah untuk mengambil wudhu' dan mengerjakan solat Zuhur kerana selepas ini aku akan menemani arwah hingga ke tanah perkuburan...
Seperti yang aku katakan, selesai waktu Zuhur orang2 masjid kembali memenuhi perkarangan rumahku...Kereta jenazah yang telah sampai membuatkan semua sepakat untuk segera mengebumikan jenazah tanpa menunggu kepulangan sepupu aku..Bacaan Al-Fatihah sebanyak 3 kali menandakan arwah akan meninggalkan rumah yang menjadi tugu cinta antara arwah dengan opah..
Kami sampai di tanah perkuburan hampir pukul 2..Acu ku bersama abang dan sepupu lelaki aku dengan segera masuk ke liang lahad untuk menyambut jenazah..aku melihat bagaimana arwah dikebumikan...terasa syahdu perasaan aku..terasa kerdil dan dhaifnya aku saat itu..perasaan takut berselubung dlm diri bila memikirkan bilakan pula saat aku untuk dikebumikan...Jenazah arwah dengan mudah dikebumikan..Alhamdulilah...semuanya tiada masalah...bacaan talkin yang diketuai oleh Pak Iman begitu menusuk sanubariku..selesai segalanya semua orang meninggalkan kami sekeluarga untuk memberi penghormatan yg terakhir...saat inilah aku benar2 tak dapat mengawal perasaan..Aku betul2 tak sampai hati nak meninggalkan arwah keseorangan..tapi bila aku fikirkan balik lumrah alam...DARI TANAH KITA DIJADIKAN...DAN KEPADA TANAH JUA KITA AKAN DIKEMBALIKAN...membuatkan aku redha dan pasrah...ini kuasa Allah..tiada yang lebih berkuasa dari DIA...Kini tiada lagi 'ABAH WAN' yang kami sayang...tiada lagi 'PAK AZIZ' yang menjadi orang kuat masjid dan disenangi oleh penduduk kampung...semuanya hanya tinggal memori dan kenangan.........................Arwah Haji Abdul Aziz pergi meninggalkan dunia untuk selama-lamanya...meninggalkan isteri tersayang bersama2 dengan 5 orang anak, 4 orang menantu, 1 bekas menantu, 12 cucu dan 5 orang cicit...
Hingga ke saat ini, aku masih tak percaya arwah telah tiada di muka bumi ini...Pemergian arwah meninggalkan kesan yang cukup dalam pada aku...baru aku tersedar dan dapat rasakan perasaan bila kita kehilangan orang yang kita rapat dan kita sayang..walaupun 5 tahun dulu, arwah datuk sebelah abah aku meninggal..aku cuma dpt merasakan dr jauh..tidak di depan mata....Aku tak dapat bayangkan perasaan aku bila aku akan kehilangan lagi orang2 yang aku sayang dalam dunia ini...Ya! Allah, kau selamatkanlah abah, mama, abang, adik, kak ipar, anak buah serta semua ahli keluarga aku dari sebarang mala petaka....
Alhamdulilah..kini kehidupan aku kembali berubah....aku cuba membentuk kembali hidup aku kini...dengan azimat dan pesanan arwah pada kami semua..Setiap hari selesai sembahyang..tak henti2 aku membaca doa dan sedekahkan Al-Fatihah...dan setiap selesai solat Isyak' dan Subuh, aku terus membaca Al-Quran dan Yassin untuk arwah...Setiap detik..bila ingatan tentang arwah datang bertamu..aku terus menghadiahkan Al-Fatihah..itu saja yang mampu aku berikan saat ini..moga segala doa2 dan amalan aku akan sampai kepada arwah........
ALFATIHAH......
1 comment:
Salam takziah...
Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya...
Al-Fatihah...
*teringat arwah atuk meninggal dunia.. :(
Post a Comment