Search This Blog

Total Pageviews

Oct 31, 2013

2nd Day in Taipei Taiwan ^__^


Be back!

Sambungan…
2nd Day in Taipei!

Sorry lambat update…ke’bizi’an melanda diriku…hua…hua…hua…plus dengan keadaan yang kurang sihat sejak balik dr Taipei…sob…sob…sob…

Tapi sebab eksited nak citer pengalaman aku di negara owg…so aku gagahkan jugak kepala hotak utk recall balik apa yg jadi time kat sana…

Jom….!

Morning call seawall 6.00 pagi…tapi mata aku hanya mampu terbuka lebih kurang 6.45 pagi…Standard time aku bangun tido kalau dok Malaysia sekalipun…hehehehe… After mandi, solat dan siap2 secepat yg mungkin, aku turun ke lobby…Time breakfast aku cuma mampu telan cereal je…yg lain2 aku mampu tengok je sebab tak tahu halal ke tak…hohohoho…

Lebih kurang pukul 8.00 pagi bas dah bergerak menuju ke destinasi kami yang pertama ~ Jiufen Old Street.  Jiufen merupakan kawasan pergunungan di Daerah Ruifang dalam Bandar Baru Taipei - berhampiran dengan daerah Keelung, Taiwan. Perjalanan dari hotel ke Jiufen mengambil masa lebih sejam jugak…Cantik permandangan sepanjang perjalanan menuju ke Jiufen. Bas persiaran kami hanya mampu naik separuh perjalanan sebab dah ada bas lain yang akan amik pelancong/pelawat utk naik ke atas.

Permandangan dari atas Jiufen...



Bersama bos besar Engineering Dept - Ishihara-san


Sebahagian pelancong yg menunggu bas dan teksi


Pergunungan Ruifang





Kawasan kat sini lebih kurang mcm Bukit Itam Pulau Pinang…Kan kalau kita naik ke atas tu mendaki, sampai ke temple Buddha tu…haaa…sama la…Sepanjang perjalanan naik tu penuh dengan kedai2 yang menjual pelbagai jenis makanan, perhiasan, cenderahati mahupun pakaian. Kat sini aku sempat la sambar sikit souvenir utk diri sendiri dan anak buah aku sebab dia minat sangat ngan “Hello Kitty” mcm acik dia jugak…hehehehehe…Tp aku tak banyak beli pun…dlm RM50 je duit Malaysia…Boleh tahan jugak harga dia…takde la murah sgt…Beza sgt time aku g Perth dulu…memang aku shopping habis..kali ni bila balik bukak beg, baru perasan tak byk rupanya souvenir yg aku beli…hehehehe..

Setelah lebih kurang sejam jenjalan kt sini, kami meneruskan perjalanan ke Shifen.. Dr Jiufen ke Shifen lebih kurang 45 minit perjalanan. Time ni member sebelah aku dah mabuk dan pening2 sampai nak muntah… Apa taknya, jalan dia bengkang bengkok macam jalan nak ke Balik Pulau je… Tapi aku rasa lagi horror jalan kt sini…Bayangkan, kalau sebiji bas lalu…bas yg dr laluan bertentangan kena stop dan bg laluan lebih2 lagi kawasan selekoh… Siap bas tu kena undur balik kalau tak lepas…huhuhuhu… Aku try nak tido, tp bila dok tgk keadaan mcm tu..naik seriau pun ada…Mulut tak abis2 terkumat kamit baca apa yang patut… Lupa nak ckp, tempat yg kami nak tuju ni merupakan tempat femes utk org yg bukan beragama Islam yg nak pasang impian dan niat… Dengan erti kata lain, kat sini ada tempat utk diowg tulis ‘wish’ diowg kat Tanglung…Pastu diowg bakar dr dalam dan lepaskan tanglung tu mcm belon panas…pernah tgk tak? Kalau tak pernah leh tgk gambar kt bawah ni…hehehehehe… 


Itu kepercayaan diowg… Mcm kita yg beragama Islam ni cukuplah setakat meminta pd Yang Satu…tak perlu semua ni….Tapi disebabkan Travel Agent kami dah beli sebahagian lanterns (tanglung) utk kami, so kami tulis je apa yg kami rasa nak tulis…bukan mintak sgt pun…lebih kepada merapu lebih…hahahaha…Yang lain2 tu aku tgk mcm2 wish yg diowg mintak… Wallahu’alam…terpulanglah pd diri masing2 pasang niat mcm mana… 

Selamba je berdiri atas rail keretapi...bila keretapi lalu sume pakat lari...hahahahah...


Gambar tu jgn salah faham ye...takde kena mengena antara idup dan mati...sapa lukis aku tak tahu...hahaha...aku tulis yg bawah tu je...sweet tak? muahahahaha...

Abaikan jejaka yg berbaju biru itu...saje nak interprem...huhuhu...

Ni la bos2 besar Isuzu...

Abaikan mata aku yg 'tertido' saat tu...hahahaha...sebelum tanglung di lepaskan...

Actually tempat ni adalah laluan keretapi sebenarnya…so bila train lalu, terpaksala org bagi laluan.. Abis je sume tanglung dilepaskan ke udara, ujan rintik2 pun turun…So sume pakat lari ke bas utk bergerak ke destinasi berikutnya.

Aku tak ingat apa nama tempat ni… Actually kalau ikutkan takde pun dalam agenda kitaorg, tp Travel Agent kt sini saja nak kami tgk station keretapi lama diowg… Aku memang ‘kureng’ sikit time ni sebab tempat dia agak bosan…hehehehe…lebih kurang je mcm old street kt Jiufen…pastu bau dia agak kuat area sini…bau apa? Hahahaha…mcm2 bau ada…toilet lagi la hazab! Ya Ampun…kalau kt Malayisa pun ada certain toilet dah bau agak tengik…sini lagila…huhuhuhuhu…bkn nak kutuk, tp itulah hakikatnya… Tapi kalau dah ‘tangki penuh’ tu takkan nak tahan kan? So terpaksa la buang jugak dengan menggunakan bantuan botol mineral…hahahahaha…air memang takde ye…mana2 tempat pun takde air…Cuma sinki kt luar utk basuh tangan sahaja…








Abis je buang masa kt sini, kami balik ke Bandar Taipei untuk lunch…Time tu dekat pukul 12.00 tengahari kalau tak salah aku…Sampai je kt kedai, aku toleh kiri kanan…aku dah tak sedap hati… Tanda “Halal“ takde plus gambar beer  & arak pulak yg banyak…Time tu aku dah rasa kureeennngggggggg…. Ada sorang clique aku ni ckp kt aku… “ Sini diowg tak served pork, cuma beer je…” Maybe sebab dia tgk aku mcm lain je dengan keadaan restoran tu… Mcm dia pulak AJK tahu sume…hahahaha…Tapi aku tetap dengan pendirian aku, so aku nasihatkan Diani partner aku makan seafood je… Yang ayam sume aku tak makan…lebih2 lagi daging… Nampak sedap la macam mana sekalipun memang aku tak sentuh!

Pas makan ala kadar je kami pun turun bawah tunggu bas. Kebetulan depan kedai tu ada kedai yg ala2 7Eleven, so aku ajak Diani g sana nak cari something “sweet” yg boleh aku telan… After almost 20minutes kt kedai tu, bas tak datang2 jugak..so kami lintas balik join kawan2 yang lain. Time tu aku tgk muka sorang2 mcm benggang dan tak puas hati… Uikss…apahal plak ni? Masa aku berdiri kt depan kedai restoran tu, aku tak perasan pun menu kt sebelah aku. Bila sorang2 asyik datang belek dan bisik2…aku pun pelik dan nak tau jugak apa sebabnya kan… Ya’Allah, rupa2nya…kedai tu serve “Lembu Pendek”! Ya Ampun..time tu rasa nak muntah bagai…No wonder ramai yg cari toilet nak muntahkn balik…huhuhu…Aku pun belek la kt menu tu…memang betul bagai di kata… Iyerla sangat tak served pork. B****H!! Macam2 menu pork ada…pork masak chili la…masak steam la….masak tu la..masak ni la…Ya’Allah, sume pakat benggang… Bila sound kt Ketua Committee…selamba badak je dia ckp, owh…dapur asing2…diowg tak campur…takde babi dalam masakan kami la…kepala hotak dia…dia ingat HALAL org Islam ni mcm mana agaknya…Ramai yg tak puas hati dan mintak committee bawak benda ni ke HR dan amik tindakan.

Bila bas sampai, sume pakat naik ngan muka benggang… Time tu bila travel agent si Jimmy tu tanya macam mana lunch tadi? Ramai jawab nak muntah balik…then bila Jimmy tu ckp tempat nak pegi berikutnya ialah bla…bla…bla… ramai suara2 sumbang dok perli…halal tak tempat tu? Tapi boleh pulak mamat ni buat muka selamba je…mcm takde apa2 jadi…Sah kena boikot dah agency ni next year…padan muka!

Next trip kami ke Vigor Kobo (DIY Pineapple Tart). Kat sini kami berpeluang utk uli dan buat sendiri tart nenas. Actually tepung dan nenas sume dah uli dan siap…Tugas kami cuma tekan2, masukkan inti dan letak dlm loyang yg disediakan je…hahahahaha… Yg best bila tgk bos2 besar Japaness ni kena uli2 tepung tu…Menarik jugak…Abis je uli dan letak dlm loyang, diowg ajak sume naik bahagian atas utk bahagian pembakaran. Time tu aku tak pegi sebab kelam kabut nak solat… Kami solat pun dalam bas. Kebetulan ada ruangan utk letak barang (maklumlah bas 2 tingkat)… So pakat2 solat secara duduk sebab dan berdiri memang tak boleh…naik cramp kaki aku bila kena duduk atas benda yg keras… Tapi sebab jalankan tanggungjawab, redha je la asalkan kewajipan dilaksanakan…. 





Kebetulan time ni ada FREE WIFI…so pakat2 on wifi dan update apa yg patut kat Facebook…hahahahaha..Aku seperti biasa, mengambil kesempatan utk call suami tercinta…hehehehe… Aku sempat la citer kt dia pas kes lunch tadi. Tp suami aku cuma cakap, ingat darurat je. Kalau tak makan aku sakit, badan lemah…huhuhu…BAIKLAH….dgr cakap suami je….

Time tu almost petang dah…so next trip kami ke Ximending utk shopping!! Kt sini ala2 mcm Bukit Bintang….so banyakla kedai yang jual gadget2 telefon, baju2 dan mcm2 la ada dijual di sini pendek kata…hehehehe… Kat sini aku beli handbag yang kalis air katanya…ONLY MADE IN TAIWAN……harga dia? Bolehla…tak semahal handbag brand yg terkenal…dlm RM50-60 je…tapi aku suak design dia yg ala2 vintage tu….hehehehe…Pastu aku sempat sambar patung kepala “Hello Kitty” utk anak buah aku…Tak banyak sgt aku shopping kt sini…cuma abiskan saki baki duit yg ada… Aku tukar pun tak byk…tak mcm time g Perth dulu…almost RM2000 aku shopping masa g sana…Kat Taipei aku budget RM500 je…heehe..beza kan?? Hahahaha…

After shopping kami bergerak untuk dinner… Time dinner ramai yg boikot taknak makan. AJK siap mintak sijil cop halal kt restoran  tu…tapi restoran tu ckp diowg cuma ada yg main branch je…kt restorab diowg tak dapat lagi…ermmm…So aku folo salah sorang bos muslim yg bagi aku dia agak straight bab2 ni…Kalau dia makan, aku leh makan…tp agains! Aku makan seafood je…yg lain2 memang aku tak sentuh…Restoran ni tak serve pork…Bos Muslim tu Mr J tanya aku, ada was2 tak…aku cakap takde utk seafood…So aku makan je sikit…Cuma bahan2 dia wallahu’alam… Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Segalanya… Masa dinner ni ada persembahan dari Persatuan Kebudayaan diowg… Walaupun bahasa yg digunakan aku tak faham…aku still enjoy jugak…gelak jugakla walaupun dalam hati masih membara ingatkan kes lunch ptg tadi…

Dinner abis around 9.30pm…sebab aktiviti malam tu dikhaskan utk org yg nak sambung shopping kt Shihlin Night Market…Tempat shopping kami hari first kami sampai…Memandangkan duit aku dah abis…yg tinggal cuma suit syiling dlm RM4.30, so aku pun balik je ke hotel utk pack2 barang dan rehatkan badan…esok time utk balik ke Malaysia! Yahooooo….

Tak sabar rasanya nak jumpa bantal buchuk aku tu…heehehe….

Till now…itu je mampu aku share ngan korang…. In shaa Allah, kalau ada masa lagi, aku akan update lagi blog kesayangan aku ni…hehehehe…

Actually byk benda yg aku nak citer, tapi tu la..Malas nak menaip panjang jela…Nak buat ringkas2 macam blogorg lain tu memangla aku tak pandai…hahahahahaha…

Sampai jumpa lagi utk next entry!
Chow….

Assalammualaikum!

No comments: