Be back!
Sambungan…
2nd Day in Taipei!
Sorry lambat update…ke’bizi’an melanda diriku…hua…hua…hua…plus
dengan keadaan yang kurang sihat sejak balik dr Taipei…sob…sob…sob…
Tapi sebab eksited nak citer pengalaman aku di negara
owg…so aku gagahkan jugak kepala hotak utk recall balik apa yg jadi time kat
sana…
Jom….!
Morning call seawall 6.00 pagi…tapi mata aku hanya
mampu terbuka lebih kurang 6.45 pagi…Standard time aku bangun tido kalau dok
Malaysia sekalipun…hehehehe… After mandi, solat dan siap2 secepat yg mungkin,
aku turun ke lobby…Time breakfast aku cuma mampu telan cereal je…yg lain2 aku
mampu tengok je sebab tak tahu halal ke tak…hohohoho…
Lebih kurang pukul 8.00 pagi bas dah bergerak
menuju ke destinasi kami yang pertama ~ Jiufen Old Street. Jiufen merupakan kawasan pergunungan di Daerah
Ruifang dalam Bandar Baru Taipei - berhampiran dengan daerah Keelung, Taiwan.
Perjalanan dari hotel ke Jiufen mengambil masa lebih sejam jugak…Cantik
permandangan sepanjang perjalanan menuju ke Jiufen. Bas persiaran kami hanya
mampu naik separuh perjalanan sebab dah ada bas lain yang akan amik
pelancong/pelawat utk naik ke atas.
![]() |
| Permandangan dari atas Jiufen... |
![]() |
| Bersama bos besar Engineering Dept - Ishihara-san |
![]() |
| Sebahagian pelancong yg menunggu bas dan teksi |
![]() |
| Pergunungan Ruifang |
Kawasan kat sini lebih kurang mcm Bukit Itam Pulau
Pinang…Kan kalau kita naik ke atas tu mendaki, sampai ke temple Buddha tu…haaa…sama
la…Sepanjang perjalanan naik tu penuh dengan kedai2 yang menjual pelbagai jenis
makanan, perhiasan, cenderahati mahupun pakaian. Kat sini aku sempat la sambar
sikit souvenir utk diri sendiri dan anak buah aku sebab dia minat sangat ngan “Hello
Kitty” mcm acik dia jugak…hehehehehe…Tp aku tak banyak beli pun…dlm RM50 je
duit Malaysia…Boleh tahan jugak harga dia…takde la murah sgt…Beza sgt time aku
g Perth dulu…memang aku shopping habis..kali ni bila balik bukak beg, baru
perasan tak byk rupanya souvenir yg aku beli…hehehehe..
Setelah lebih kurang sejam jenjalan kt sini, kami
meneruskan perjalanan ke Shifen.. Dr Jiufen ke Shifen lebih kurang 45 minit
perjalanan. Time ni member sebelah aku dah mabuk dan pening2 sampai nak muntah…
Apa taknya, jalan dia bengkang bengkok macam jalan nak ke Balik Pulau je… Tapi
aku rasa lagi horror jalan kt sini…Bayangkan, kalau sebiji bas lalu…bas yg dr
laluan bertentangan kena stop dan bg laluan lebih2 lagi kawasan selekoh… Siap
bas tu kena undur balik kalau tak lepas…huhuhuhu… Aku try nak tido, tp bila dok
tgk keadaan mcm tu..naik seriau pun ada…Mulut tak abis2 terkumat kamit baca apa
yang patut… Lupa nak ckp, tempat yg kami nak tuju ni merupakan tempat femes utk
org yg bukan beragama Islam yg nak pasang impian dan niat… Dengan erti kata
lain, kat sini ada tempat utk diowg tulis ‘wish’ diowg kat Tanglung…Pastu diowg
bakar dr dalam dan lepaskan tanglung tu mcm belon panas…pernah tgk tak? Kalau
tak pernah leh tgk gambar kt bawah ni…hehehehehe…
Itu kepercayaan diowg… Mcm
kita yg beragama Islam ni cukuplah setakat meminta pd Yang Satu…tak perlu semua
ni….Tapi disebabkan Travel Agent kami dah beli sebahagian lanterns (tanglung)
utk kami, so kami tulis je apa yg kami rasa nak tulis…bukan mintak sgt pun…lebih
kepada merapu lebih…hahahaha…Yang lain2 tu aku tgk mcm2 wish yg diowg mintak…
Wallahu’alam…terpulanglah pd diri masing2 pasang niat mcm mana…
![]() |
| Selamba je berdiri atas rail keretapi...bila keretapi lalu sume pakat lari...hahahahah... |
![]() |
| Gambar tu jgn salah faham ye...takde kena mengena antara idup dan mati...sapa lukis aku tak tahu...hahaha...aku tulis yg bawah tu je...sweet tak? muahahahaha... |
![]() |
| Abaikan jejaka yg berbaju biru itu...saje nak interprem...huhuhu... |
![]() |
| Ni la bos2 besar Isuzu... |
![]() |
| Abaikan mata aku yg 'tertido' saat tu...hahahaha...sebelum tanglung di lepaskan... |
Actually tempat ni adalah laluan keretapi sebenarnya…so bila train lalu, terpaksala org bagi laluan.. Abis je sume tanglung dilepaskan ke udara, ujan rintik2 pun turun…So sume pakat lari ke bas utk bergerak ke destinasi berikutnya.
Aku tak ingat apa nama tempat ni… Actually kalau
ikutkan takde pun dalam agenda kitaorg, tp Travel Agent kt sini saja nak kami
tgk station keretapi lama diowg… Aku memang ‘kureng’ sikit time ni sebab tempat
dia agak bosan…hehehehe…lebih kurang je mcm old street kt Jiufen…pastu bau dia
agak kuat area sini…bau apa? Hahahaha…mcm2 bau ada…toilet lagi la hazab! Ya
Ampun…kalau kt Malayisa pun ada certain toilet dah bau agak tengik…sini lagila…huhuhuhuhu…bkn
nak kutuk, tp itulah hakikatnya… Tapi kalau dah ‘tangki penuh’ tu takkan nak
tahan kan? So terpaksa la buang jugak dengan menggunakan bantuan botol mineral…hahahahaha…air
memang takde ye…mana2 tempat pun takde air…Cuma sinki kt luar utk basuh tangan
sahaja…
Abis je buang masa kt sini, kami balik ke Bandar
Taipei untuk lunch…Time tu dekat pukul 12.00 tengahari kalau tak salah aku…Sampai
je kt kedai, aku toleh kiri kanan…aku dah tak sedap hati… Tanda “Halal“ takde
plus gambar beer & arak pulak yg
banyak…Time tu aku dah rasa kureeennngggggggg…. Ada sorang clique aku ni ckp kt
aku… “ Sini diowg tak served pork, cuma beer je…” Maybe sebab dia tgk aku mcm
lain je dengan keadaan restoran tu… Mcm dia pulak AJK tahu sume…hahahaha…Tapi
aku tetap dengan pendirian aku, so aku nasihatkan Diani partner aku makan
seafood je… Yang ayam sume aku tak makan…lebih2 lagi daging… Nampak sedap la
macam mana sekalipun memang aku tak sentuh!
Pas makan ala kadar je kami pun turun bawah tunggu
bas. Kebetulan depan kedai tu ada kedai yg ala2 7Eleven, so aku ajak Diani g
sana nak cari something “sweet” yg boleh aku telan… After almost 20minutes kt kedai
tu, bas tak datang2 jugak..so kami lintas balik join kawan2 yang lain. Time tu
aku tgk muka sorang2 mcm benggang dan tak puas hati… Uikss…apahal plak ni? Masa
aku berdiri kt depan kedai restoran tu, aku tak perasan pun menu kt sebelah
aku. Bila sorang2 asyik datang belek dan bisik2…aku pun pelik dan nak tau jugak
apa sebabnya kan… Ya’Allah, rupa2nya…kedai tu serve “Lembu Pendek”! Ya
Ampun..time tu rasa nak muntah bagai…No wonder ramai yg cari toilet nak
muntahkn balik…huhuhu…Aku pun belek la kt menu tu…memang betul bagai di
kata… Iyerla sangat tak served pork. B****H!! Macam2 menu pork ada…pork masak
chili la…masak steam la….masak tu la..masak ni la…Ya’Allah, sume pakat benggang…
Bila sound kt Ketua Committee…selamba badak je dia ckp, owh…dapur asing2…diowg
tak campur…takde babi dalam masakan kami la…kepala hotak dia…dia ingat HALAL
org Islam ni mcm mana agaknya…Ramai yg tak puas hati dan mintak committee bawak
benda ni ke HR dan amik tindakan.
Bila bas sampai, sume pakat naik ngan muka benggang…
Time tu bila travel agent si Jimmy tu tanya macam mana lunch tadi? Ramai jawab
nak muntah balik…then bila Jimmy tu ckp tempat nak pegi berikutnya ialah bla…bla…bla…
ramai suara2 sumbang dok perli…halal tak tempat tu? Tapi boleh pulak mamat ni
buat muka selamba je…mcm takde apa2 jadi…Sah kena boikot dah agency ni next
year…padan muka!
Next trip kami ke Vigor Kobo (DIY Pineapple Tart).
Kat sini kami berpeluang utk uli dan buat sendiri tart nenas. Actually tepung
dan nenas sume dah uli dan siap…Tugas kami cuma tekan2, masukkan inti dan letak
dlm loyang yg disediakan je…hahahahaha… Yg best bila tgk bos2 besar Japaness ni
kena uli2 tepung tu…Menarik jugak…Abis je uli dan letak dlm loyang, diowg ajak
sume naik bahagian atas utk bahagian pembakaran. Time tu aku tak pegi sebab
kelam kabut nak solat… Kami solat pun dalam bas. Kebetulan ada ruangan utk
letak barang (maklumlah bas 2 tingkat)… So pakat2 solat secara duduk sebab dan
berdiri memang tak boleh…naik cramp kaki aku bila kena duduk atas benda yg
keras… Tapi sebab jalankan tanggungjawab, redha je la asalkan kewajipan
dilaksanakan….
Kebetulan time ni ada FREE WIFI…so pakat2 on wifi
dan update apa yg patut kat Facebook…hahahahaha..Aku seperti biasa, mengambil
kesempatan utk call suami tercinta…hehehehe… Aku sempat la citer kt dia pas kes
lunch tadi. Tp suami aku cuma cakap, ingat darurat je. Kalau tak makan aku
sakit, badan lemah…huhuhu…BAIKLAH….dgr cakap suami je….
Time tu almost petang dah…so next trip kami ke
Ximending utk shopping!! Kt sini ala2 mcm Bukit Bintang….so banyakla kedai yang
jual gadget2 telefon, baju2 dan mcm2 la ada dijual di sini pendek kata…hehehehe…
Kat sini aku beli handbag yang kalis air katanya…ONLY MADE IN TAIWAN……harga
dia? Bolehla…tak semahal handbag brand yg terkenal…dlm RM50-60 je…tapi aku suak
design dia yg ala2 vintage tu….hehehehe…Pastu aku sempat sambar patung kepala “Hello
Kitty” utk anak buah aku…Tak banyak sgt aku shopping kt sini…cuma abiskan saki
baki duit yg ada… Aku tukar pun tak byk…tak mcm time g Perth dulu…almost RM2000
aku shopping masa g sana…Kat Taipei aku budget RM500 je…heehe..beza kan?? Hahahaha…
After shopping kami bergerak untuk dinner… Time
dinner ramai yg boikot taknak makan. AJK siap mintak sijil cop halal kt restoran
tu…tapi restoran tu ckp diowg cuma ada
yg main branch je…kt restorab diowg tak dapat lagi…ermmm…So aku folo salah
sorang bos muslim yg bagi aku dia agak straight bab2 ni…Kalau dia makan, aku
leh makan…tp agains! Aku makan seafood je…yg lain2 memang aku tak sentuh…Restoran
ni tak serve pork…Bos Muslim tu Mr J tanya aku, ada was2 tak…aku cakap takde
utk seafood…So aku makan je sikit…Cuma bahan2 dia wallahu’alam… Hanya Allah
Yang Maha Mengetahui Segalanya… Masa dinner ni ada persembahan dari Persatuan Kebudayaan
diowg… Walaupun bahasa yg digunakan aku tak faham…aku still enjoy jugak…gelak
jugakla walaupun dalam hati masih membara ingatkan kes lunch ptg tadi…
Dinner abis around 9.30pm…sebab aktiviti malam tu
dikhaskan utk org yg nak sambung shopping kt Shihlin Night Market…Tempat
shopping kami hari first kami sampai…Memandangkan duit aku dah abis…yg tinggal cuma
suit syiling dlm RM4.30, so aku pun balik je ke hotel utk pack2 barang dan rehatkan
badan…esok time utk balik ke Malaysia! Yahooooo….
Tak sabar rasanya nak jumpa bantal buchuk aku tu…heehehe….
Till now…itu je mampu aku share ngan korang…. In
shaa Allah, kalau ada masa lagi, aku akan update lagi blog kesayangan aku ni…hehehehe…
Actually byk benda yg aku nak citer, tapi tu la..Malas
nak menaip panjang jela…Nak buat ringkas2 macam blogorg lain tu memangla aku
tak pandai…hahahahahaha…
Sampai jumpa lagi utk next entry!
Chow….
Assalammualaikum!












































































