Search This Blog

Total Pageviews

Jan 16, 2009

11 JANUARI 2009

Tanggal 11 Januari 2009 pastinya meninggalkan kenangan manis dan terindah buat 2 selebriti terkenal, Diva Popular dan Raja SMS...Masakan tidak, pada tarikh itu Dato' Siti Nurhaliza meraikan hari ulangtahun ke-30...manakala Mawi dan Ekin di arak..diraikan bagaikan Raja dan Permaisuri Negara Arab ketika majlis persandingan kali ke-tiga bertemakan Hikayat 1001 malam di Hotel Palace of The Golden Horses..

Tapi tidak bagi aku........
Tarikh 11 Januari 2009 akan aku ingat sampai bila2 bila aku kehilangan datuk tersayang..... Haji Abdul Aziz Bin Ngah Othman.... ALFATIHAH...
Masih aku ingat lagi...seawal 5.00 pagi, aku menerima panggilan telefon dr mama di Penang..suara mama yang menangis membuatkan aku cemas dan seakan tidak percaya bila aku terdengar mama berkata " Akak...Wan dah takde!"

Aku tergaman...sedih..pilu..sebak...panik...semuanya ada...Tanpa buang masa aku terus mengemas beg dan bersiap2 utk pulang ke kampung di Kuala Kangsar, Perak dengan abang dan kak iparku..

Lebih kurang pukul 10 pagi..aku sampai di kampung halaman...Suasana pilu dan sedih menyelubungi aku secara tiba2 bila melihat ramai orang dah memenuhi ruang rumahku... Tak dapatku tahan perasaan bila aku dipeluk dan diredakan oleh mama dan abahku...Dengan sedikit kekuatan, aku masuk ke rumah utk menatap jenazah...aku terduduk saat aku lihat arwah sudah tak bernyawa lagi..Opah aku setia menanti disisi jenazah...lantas aku kucup dahi arwah sambil mulutku tak henti2 membaca Al-Fatihah untuk arwah...aku terus hadiahkan bacaan Yassin pada arwah sejurus itu...

Tetamu yang hadir tak henti2 memberi penghormatan terakhir dengan sedekahkan Al-Fatihah pada arwah..Alhamdulilah, wajah arwah nampak seperti orang yang sedang tidur...tenang dan aman..Aku difahamkan oleh makcik2 aku, arwah meninggal akibat sakit dada dan serangan jantung..tapi pemergian arwah secara mendadak sukar untuk aku dan sesi keluarga terima..hingga ke saat ini aku bagai bermimpi yang ini semua hanyalah igauan aku semata2...

Sebagai cucu yang pernah dijaga oleh arwah semasa kecil, aku berasa bangga bila melihat arwah disempurnakan oleh kaum keluarga kami sendiri..Dari saat arwah dimandikan dan dikafankan...sehinggalah arwah dikebumikan, hanya anak, menantu dan cucu2 arwah yang menguruskan arwah dengan diketuai oleh Pak Iman..dan aku sempat memberi penghormatan terakhir utk memandikan jenazah..walaupun airmata tak henti2 mengalir, tapi aku kuatkan hati untuk menghadapi kerana tak sanggup untuk menyiksa arwah lagi...biarlah pemergian arwah kami iringi dengan doa dan bacaan Yassin dengan harapan arwah tenang dan aman disana..ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...AMIN...

Selesai urusan mandikan jenazah, arwah sedia untuk dikafankan...sekali lagi aku dihimpit perasaan sedih kerana inilah kali terakhir aku akan menatap wajah arwah...arwah kami hiasi dengan doa restu..redha dalam hati...dan wangian Al-Fatihah agar semuanya berjalan dengan lancar..aku mengucup pipi dan dahi arwah buat kali terakhir sebelum jenazah arwah dikafan keseluruhannya...terasa sejuk dahi arwah..wajah arwah seperti orang yg sedang tidur membuatkan aku rasa tenang..sempat aku titipkan azimat dan pesanan pada arwah..yang aku akan ubah hidup aku dan jadi orang yg berguna..dan janji aku bahawa aku akan sekerap yg mungkin melawat arwah nanti..dan pastinya doa yang tak putus2 buat arwah...Jenazah terus disembahyangkan setelah selesai dikafan..masa kurasakan berjalan dengan cepat sekali...

Jam sudah menunjukkan pukul 12.20 tengahari..jenazah arwah telah selamat dikafan dengan sempurna...Kami masih menunggu ketibaan sepupu aku dr Muar..aku tahu saat itu, sepupu aku menaruh harapan utk melihat arwah kali terakhir...dan aku dpt rasakan apa perasaan sepupu aku saat ini...masakan tidak, sepupu aku lebih rapat dengan arwah berbanding aku..sifat arwah yang suka bergurau..bermanja dengan anak cucu membuatkan arwah disenangi oleh semua orang..sementara menantikan sepupu aku sampai..dan juga kereta jenazah..aku menemani arwah dengan membaca Yassin berulang kali...Sekali sekala terdengar tangisan esak dr abah aku disebelah..walaupun arwah hanya bapa mertua, tapi aku cukup masak dan tahu sejauh mana akrab abah aku dengan arwah..arwah dah anggap abah aku sebagai anak sendiri..masakan tidak, sejak abah aku merantau dan meninggalkan kampung halaman di Santubong, Kuching..hanya arwah tempat abah aku menumpang kasih ayah dan mengadu nasib..aku mengerti perasaan abah saat itu...Opah masih disisi arwah..setia menanti suami tercinta yang terlebih dahulu dijemput oleh Ilahi...seketika kemudian adik dan abang aku duduk di sisi arwah dan terus menghadiahkan bacaan Yassin..perasaan sebak makin menghimpit perasaan aku saat mendengar bacaan Yassin dr adik bongsu aku..seketika kemudian aku lihat abang aku menangis dan mengenangkan kembali segala memori indah bersama arwah..airmata yang mengalir di pipi abang aku cukup mengambarkan perasaan abang aku..aku tahu ada bisikan kata2 yang abang aku sampaikan pada arwah...seperti aku juga...Aku teruskan membaca Yassin sehinggalah azan berkumandang menandakan masuknya waktu Zuhur..aku memohon izin dr opah untuk mengambil wudhu' dan mengerjakan solat Zuhur kerana selepas ini aku akan menemani arwah hingga ke tanah perkuburan...

Seperti yang aku katakan, selesai waktu Zuhur orang2 masjid kembali memenuhi perkarangan rumahku...Kereta jenazah yang telah sampai membuatkan semua sepakat untuk segera mengebumikan jenazah tanpa menunggu kepulangan sepupu aku..Bacaan Al-Fatihah sebanyak 3 kali menandakan arwah akan meninggalkan rumah yang menjadi tugu cinta antara arwah dengan opah..

Kami sampai di tanah perkuburan hampir pukul 2..Acu ku bersama abang dan sepupu lelaki aku dengan segera masuk ke liang lahad untuk menyambut jenazah..aku melihat bagaimana arwah dikebumikan...terasa syahdu perasaan aku..terasa kerdil dan dhaifnya aku saat itu..perasaan takut berselubung dlm diri bila memikirkan bilakan pula saat aku untuk dikebumikan...Jenazah arwah dengan mudah dikebumikan..Alhamdulilah...semuanya tiada masalah...bacaan talkin yang diketuai oleh Pak Iman begitu menusuk sanubariku..selesai segalanya semua orang meninggalkan kami sekeluarga untuk memberi penghormatan yg terakhir...saat inilah aku benar2 tak dapat mengawal perasaan..Aku betul2 tak sampai hati nak meninggalkan arwah keseorangan..tapi bila aku fikirkan balik lumrah alam...DARI TANAH KITA DIJADIKAN...DAN KEPADA TANAH JUA KITA AKAN DIKEMBALIKAN...membuatkan aku redha dan pasrah...ini kuasa Allah..tiada yang lebih berkuasa dari DIA...Kini tiada lagi 'ABAH WAN' yang kami sayang...tiada lagi 'PAK AZIZ' yang menjadi orang kuat masjid dan disenangi oleh penduduk kampung...semuanya hanya tinggal memori dan kenangan.........................Arwah Haji Abdul Aziz pergi meninggalkan dunia untuk selama-lamanya...meninggalkan isteri tersayang bersama2 dengan 5 orang anak, 4 orang menantu, 1 bekas menantu, 12 cucu dan 5 orang cicit...

Hingga ke saat ini, aku masih tak percaya arwah telah tiada di muka bumi ini...Pemergian arwah meninggalkan kesan yang cukup dalam pada aku...baru aku tersedar dan dapat rasakan perasaan bila kita kehilangan orang yang kita rapat dan kita sayang..walaupun 5 tahun dulu, arwah datuk sebelah abah aku meninggal..aku cuma dpt merasakan dr jauh..tidak di depan mata....Aku tak dapat bayangkan perasaan aku bila aku akan kehilangan lagi orang2 yang aku sayang dalam dunia ini...Ya! Allah, kau selamatkanlah abah, mama, abang, adik, kak ipar, anak buah serta semua ahli keluarga aku dari sebarang mala petaka....

Alhamdulilah..kini kehidupan aku kembali berubah....aku cuba membentuk kembali hidup aku kini...dengan azimat dan pesanan arwah pada kami semua..Setiap hari selesai sembahyang..tak henti2 aku membaca doa dan sedekahkan Al-Fatihah...dan setiap selesai solat Isyak' dan Subuh, aku terus membaca Al-Quran dan Yassin untuk arwah...Setiap detik..bila ingatan tentang arwah datang bertamu..aku terus menghadiahkan Al-Fatihah..itu saja yang mampu aku berikan saat ini..moga segala doa2 dan amalan aku akan sampai kepada arwah........

ALFATIHAH......

Jan 2, 2009

Lembaran Pudar 2008...Mengintai Tirai 2009...


SaLaM MaaL HiJRaH…SeLaMaT TaHuN BaRu..RaSaNYa MaSiH TaK TeRLeWaT uTK aKu WiSH TaHuN BaRu PaDa SuMe..

BuLaN Nie MaJoRiTi oRaNG2 YaNG aKu SaYaNG SaMBuT BeSDaY MaSiNG2..SeMaLaM (020109) BeSDaY MY MoM...HaPPY BeSDaY uMie! SeMoGa aLLaH aKaN MuRaHKaN ReZeKi uMie, PaNJaNG uMuR DaN DiRaHMaTi oLeHNYa SeLaLu...
HaRi Ni (030109) PLaK BeSDaY aBG KaNDuNG aKu..aRYaNTo (YaNZ)…SeMoGa JaDi aNaK, aBaNG, BaPa DaN SuaMi YaNG Baik, MiTHaLi, BeRTaNGGuNGJaWaB DaN BaHaGia SeLaMaNYa..


13HB NI (130109) BeSDaY MY BeLoVeD DaD...aKaK SaYaNGKaN aBaH DaN SeMoGa aLLaH SeMBuHKaN PeNYaKiT aBaH, DiMuRaHKaN ReZeKi, PaNJaNG uMuR DaN DiLiNDuNGi oLeH-NYa SeLaLu...DaN PaSTiNYa 25HB (250109) Ni BeSDaY iNSaN YaNG PaLiNG iSTiMeWa DaLaM HaTi aKu SeLaiN FaMiLY TeRSaYaNG aKu. SaPa LaGi KaLau BuKaN iNSaN YaNG BaNYaK MeNoLoNG aKu MeNiTi KeHiDuPaN Di PeRaNTauaN Nie..YaNG PeNuH DGN DoSa DaN NoDa. DaN BeRKaT NaSiHaT YaNG SeRiNG DiBeRiKaN, aKu MaMPu MeNuTuP TiRai 2008 DeNGaN PeNuH KeaZaMaN aGaR LeMBaRaN 2009 aKaN aKu PaSTiKaN TiaDa LaGi KeSiLaPaN DeMi KeSiLaPaN YaNG MeMBuaTKaN aKu TeRuS BeRaDa DaLaM KeMeLuT KeHiDuPaN YaNG HiPoKiRT.


TaHuN 2008 aKu TiNGGaLKaN SeGaLa MeMoRi iNDaH DaN PaHiT...BaNYaK BeNDa YaNG TeRJaDi..RaMai YaNG aKu KeNaL...YaNG SuMeNYeR HaNYa NaK MeNGaMBiL KeSeMPaTaN PaDa KeLeMaHaN DiRi aKu..aKu RaSa TaHuN 2008 PaLiNG BaNYaK SeKaLi aKu KeNaL oRaNG DaN JuMPa...LeTS CHeCK ouT aPa YaNG TeRJaDi SePaNJaNG 2008 DaLaM DiRi aKu :

1) Aku Kenal Dan Selalu Lepak Ngan Geng2 Raja Lawak Musim Kedua (Nabil, Along Cham, Shah, Pak Tam, Arin Awas, Kumpulan Ketampi)









2) Kena Tipu Idup-Idup Ngan Kawan Baik Aku Sendiri..(Nama terpaksa dideletekan...hahahaha)..Yang Selama Ni Aku Dok Usung Dia Ke Sana Ke Sini..Bagi Pinjam Duit, Jemput Dan Antar G Tempat Keja, Tido Umah Dia Dan Kenal Ngan Family Dia..Bawak Dia Jalan2...Alih2 Dia Leh Tikam Aku Dr Belakang Semata2 Hanya Disebabkan Sorang L.E.L.A.K.I
3) Aku Dapat Bunga Rose Dr Org Yang Aku Tak Kenal Masa Besday Aku...Sampaikan Hari Ni Aku Blom Tahu Sapa Yang Bagi Bunga Tu..So Sweet!
4) Hampir2 Terjebak Ngan Cinta Artis Realiti Yang Kurang Popular...Nasib Press Tak Jumpa Dan Buat Liputan Pasal Aku Ngan Dia...Wakakakaka... (Update 2013-artis tu dah popular sgt2 dan dah kawen ada anak 3 :p )
5) Dapat Better Offer Dari Naza Dan Pindah Umah Ke Shah Alam. Rasa Aman Sikit Sebab Dapat Lari Dari Puaka2 Yang Dok Busy Body Pasal Life Aku
6) Jadi Gossip Panas Di Ofis Gara2 Dituduh Cuba Merampas Suami Orang Sedangkan Laki Dia Yang Bagai Nak Rak Tangkap Cintan Ngan Aku..Kononnya Laki Dia Terpaksa Kawen Sebab Tak Cinta Ngan Isteri Dia..Ermmm, Lelaki2...Penuh Dengan Muslihat...
7) Bercuti Ngan Artis Realiti Di Port Dickson..Baru Tahu Life Artis Realiti Ni Mcm Mana..Penuh Ngan Haprak Dan Dosa..Nasib Tak Terjebak... (bkn bercuti berdua je ye...ramai2)
8) Kenal Ngan Seseorang Yang Banyak Bantu Aku Untuk Mengubah Kehidupan Aku..Pada Mulanya Atas Urusan Business..Dan Sehingga Kini Kami Dah Macam Adik Dan Abang..Even Lain Mak Dan Ayah...Thanks My Bro!
9) Join LVG Group Sebagai Unit Trust Consultant (UTC) Public Mutual..Kenal Ngan Ramai Orang....Best Giler!!! My Upline Nazril Idrus (Husband Sazzy Falak), Banyak Support Aku Dan Bagi Aku Semangat....Siap G Umah Dia Lagi Semata2 Nak Belajar Macam Mana Nak Jadi UTC Yang Bagus...Thanks Nash!






10) Join SYN Team..MLM Yang Buat Produk Dr France..Estabell And Lamp Berger…Kat Sini Aku Kenal Kamal, Wandy, Iwan, Asrul, Pakleh, Azad, Emilin, Epul, Sarah Dan Ramai Lagi Kawan Yang Semuanya Mempunyai Matlamat Yang Sama..Nak Cari Duit Lebih! Hehehehehehe..Best Biler Kami Buat Aktiviti Bersama Dan Discussion Group..
11) Terjebak Dan Tertipu Dengan ‘Lelaki Kasanova’ Yang Kononnya Mengaku Bujang Trang2 Tang…Tapi Sebenarnya Seorang Suami Anak Satu Yang Kaki Perempuan..Tapi Mamat Ni Silap Banyak Sebab Kenal Ngan Aku..Dia Ingat Aku Perempuan Murah Yang Boleh Dibeli Dengan Kemewahan…Alih2 Semua Rahsia Dia Terbongkar Dan Kesudahannya Wife Dia Dapat Tahu Setelah Aku Dengan Beraninya Bersemuka Dengan Wife Dia Kat Palace Of The Golden Horses Hotel…Maklumlah..Wife Dia Setiausaha Sulit Menteri..Dan Kesannya Lelaki Kasanova Ni Tak Puas Hati Dan Berdendam Dengan Aku Sampai Suruh Mak Dia Kol Budak2 Ofis Aku Utk Citer Keburukan Aku…Tapi Aku Tetap Maintan Je..Dan Kemuncak Kes Ni, Bila Aku Telah Berjaya Menembusi Talian Hotfm Bila Isu ‘Lelaki Kasanova & Perempuan Pisau Cukur’ Diketengahkan..Cayalah!!!
12) Jatuh Cinta Ngan ‘Anak Ikan’ Yang Sama Je Taraf Dia Ngan Lelaki Kasanova Yang Aku Kenal Sebelum Tu..Cuma Bezanya..Mamat Ni Hanya Berani Bermain Cinta Dalam Dunia Friedster Dengan Awek2 Yang Lain..Tapi Ngan Aku Dia Dah Berani Jumpa Family Aku..Kononnya Betul2 Ikhlas Sayangkan Aku…Pirahhh…Pas Lobang Dah Pecah..Sume Rahsia Dia Aku Dah Tahu…Aku Dengan Bangganya Say “Good Bye!”
13) Jadi Rapat Dan Closed Ngan Kawan Di Ofis, Farawahida Zakbar, Ahli Kumpulan Solehah..Dan Ramai Yang Cakap Muka Kami Ada Iras2..Cam Adik Beradik Plak...Hehehehehe…




14) Baru Tersedar Yang Sebenarnya Hati Aku Nie Ada Kat Sapa….Ehem! Walaupun Dia Tak Tahu..Tapi Aku Akan Tetap Menyayangi Dan Menyintai Dia Dalam Diam…Semoga Allah Sentiasa Lindungi Si Dia Selalu…
15) Segala Masalah Hutang Kad Kredit Dan Masalah Kewangan Berjaya Aku Atasi Secara Slowly..Sekarang Ni Dah Ok Sikit Life Aku…Hehehehehe…Tapi Aku Azam Nak Abiskan Sume Hutang Tahun 2009 Nie…

So..KeSiMPuLaN YaNG aKu LeH DaPaT, TaHuN 2008 aKu BaNYaK KeNaL aPa iTu CiNTa, PeNGoRBaNaN, KaSiH SaYaNG DaN KaWaN YaNG SeBeNaR…DaN TaHuN 2008 JuGaKLaH aKu SeDaR BeTaPa KeLuaRGa iTu PeNTiNG DaLaM HiDuP aKu..SaYaNG aBaH, MaMa, aDiK, aBaNG, KaK iPaR DaN aNaK BuaH aKu!
aKu HaRaP LeMBaRaN 2009, aKu aKaN BeRJaYa DaN TeRuS BeRJaYa DaLaM HiDuP aKu..DaN PaSTiNYA SeGaLa aZaM YaNG aKu BeLuM TeRLaKSaNa aKaN TeRCaPai TaHuN 2009..iNSYa’aLLaH….