Search This Blog

Total Pageviews

Oct 31, 2013

2nd Day in Taipei Taiwan ^__^


Be back!

Sambungan…
2nd Day in Taipei!

Sorry lambat update…ke’bizi’an melanda diriku…hua…hua…hua…plus dengan keadaan yang kurang sihat sejak balik dr Taipei…sob…sob…sob…

Tapi sebab eksited nak citer pengalaman aku di negara owg…so aku gagahkan jugak kepala hotak utk recall balik apa yg jadi time kat sana…

Jom….!

Morning call seawall 6.00 pagi…tapi mata aku hanya mampu terbuka lebih kurang 6.45 pagi…Standard time aku bangun tido kalau dok Malaysia sekalipun…hehehehe… After mandi, solat dan siap2 secepat yg mungkin, aku turun ke lobby…Time breakfast aku cuma mampu telan cereal je…yg lain2 aku mampu tengok je sebab tak tahu halal ke tak…hohohoho…

Lebih kurang pukul 8.00 pagi bas dah bergerak menuju ke destinasi kami yang pertama ~ Jiufen Old Street.  Jiufen merupakan kawasan pergunungan di Daerah Ruifang dalam Bandar Baru Taipei - berhampiran dengan daerah Keelung, Taiwan. Perjalanan dari hotel ke Jiufen mengambil masa lebih sejam jugak…Cantik permandangan sepanjang perjalanan menuju ke Jiufen. Bas persiaran kami hanya mampu naik separuh perjalanan sebab dah ada bas lain yang akan amik pelancong/pelawat utk naik ke atas.

Permandangan dari atas Jiufen...



Bersama bos besar Engineering Dept - Ishihara-san


Sebahagian pelancong yg menunggu bas dan teksi


Pergunungan Ruifang





Kawasan kat sini lebih kurang mcm Bukit Itam Pulau Pinang…Kan kalau kita naik ke atas tu mendaki, sampai ke temple Buddha tu…haaa…sama la…Sepanjang perjalanan naik tu penuh dengan kedai2 yang menjual pelbagai jenis makanan, perhiasan, cenderahati mahupun pakaian. Kat sini aku sempat la sambar sikit souvenir utk diri sendiri dan anak buah aku sebab dia minat sangat ngan “Hello Kitty” mcm acik dia jugak…hehehehehe…Tp aku tak banyak beli pun…dlm RM50 je duit Malaysia…Boleh tahan jugak harga dia…takde la murah sgt…Beza sgt time aku g Perth dulu…memang aku shopping habis..kali ni bila balik bukak beg, baru perasan tak byk rupanya souvenir yg aku beli…hehehehe..

Setelah lebih kurang sejam jenjalan kt sini, kami meneruskan perjalanan ke Shifen.. Dr Jiufen ke Shifen lebih kurang 45 minit perjalanan. Time ni member sebelah aku dah mabuk dan pening2 sampai nak muntah… Apa taknya, jalan dia bengkang bengkok macam jalan nak ke Balik Pulau je… Tapi aku rasa lagi horror jalan kt sini…Bayangkan, kalau sebiji bas lalu…bas yg dr laluan bertentangan kena stop dan bg laluan lebih2 lagi kawasan selekoh… Siap bas tu kena undur balik kalau tak lepas…huhuhuhu… Aku try nak tido, tp bila dok tgk keadaan mcm tu..naik seriau pun ada…Mulut tak abis2 terkumat kamit baca apa yang patut… Lupa nak ckp, tempat yg kami nak tuju ni merupakan tempat femes utk org yg bukan beragama Islam yg nak pasang impian dan niat… Dengan erti kata lain, kat sini ada tempat utk diowg tulis ‘wish’ diowg kat Tanglung…Pastu diowg bakar dr dalam dan lepaskan tanglung tu mcm belon panas…pernah tgk tak? Kalau tak pernah leh tgk gambar kt bawah ni…hehehehehe… 


Itu kepercayaan diowg… Mcm kita yg beragama Islam ni cukuplah setakat meminta pd Yang Satu…tak perlu semua ni….Tapi disebabkan Travel Agent kami dah beli sebahagian lanterns (tanglung) utk kami, so kami tulis je apa yg kami rasa nak tulis…bukan mintak sgt pun…lebih kepada merapu lebih…hahahaha…Yang lain2 tu aku tgk mcm2 wish yg diowg mintak… Wallahu’alam…terpulanglah pd diri masing2 pasang niat mcm mana… 

Selamba je berdiri atas rail keretapi...bila keretapi lalu sume pakat lari...hahahahah...


Gambar tu jgn salah faham ye...takde kena mengena antara idup dan mati...sapa lukis aku tak tahu...hahaha...aku tulis yg bawah tu je...sweet tak? muahahahaha...

Abaikan jejaka yg berbaju biru itu...saje nak interprem...huhuhu...

Ni la bos2 besar Isuzu...

Abaikan mata aku yg 'tertido' saat tu...hahahaha...sebelum tanglung di lepaskan...

Actually tempat ni adalah laluan keretapi sebenarnya…so bila train lalu, terpaksala org bagi laluan.. Abis je sume tanglung dilepaskan ke udara, ujan rintik2 pun turun…So sume pakat lari ke bas utk bergerak ke destinasi berikutnya.

Aku tak ingat apa nama tempat ni… Actually kalau ikutkan takde pun dalam agenda kitaorg, tp Travel Agent kt sini saja nak kami tgk station keretapi lama diowg… Aku memang ‘kureng’ sikit time ni sebab tempat dia agak bosan…hehehehe…lebih kurang je mcm old street kt Jiufen…pastu bau dia agak kuat area sini…bau apa? Hahahaha…mcm2 bau ada…toilet lagi la hazab! Ya Ampun…kalau kt Malayisa pun ada certain toilet dah bau agak tengik…sini lagila…huhuhuhuhu…bkn nak kutuk, tp itulah hakikatnya… Tapi kalau dah ‘tangki penuh’ tu takkan nak tahan kan? So terpaksa la buang jugak dengan menggunakan bantuan botol mineral…hahahahaha…air memang takde ye…mana2 tempat pun takde air…Cuma sinki kt luar utk basuh tangan sahaja…








Abis je buang masa kt sini, kami balik ke Bandar Taipei untuk lunch…Time tu dekat pukul 12.00 tengahari kalau tak salah aku…Sampai je kt kedai, aku toleh kiri kanan…aku dah tak sedap hati… Tanda “Halal“ takde plus gambar beer  & arak pulak yg banyak…Time tu aku dah rasa kureeennngggggggg…. Ada sorang clique aku ni ckp kt aku… “ Sini diowg tak served pork, cuma beer je…” Maybe sebab dia tgk aku mcm lain je dengan keadaan restoran tu… Mcm dia pulak AJK tahu sume…hahahaha…Tapi aku tetap dengan pendirian aku, so aku nasihatkan Diani partner aku makan seafood je… Yang ayam sume aku tak makan…lebih2 lagi daging… Nampak sedap la macam mana sekalipun memang aku tak sentuh!

Pas makan ala kadar je kami pun turun bawah tunggu bas. Kebetulan depan kedai tu ada kedai yg ala2 7Eleven, so aku ajak Diani g sana nak cari something “sweet” yg boleh aku telan… After almost 20minutes kt kedai tu, bas tak datang2 jugak..so kami lintas balik join kawan2 yang lain. Time tu aku tgk muka sorang2 mcm benggang dan tak puas hati… Uikss…apahal plak ni? Masa aku berdiri kt depan kedai restoran tu, aku tak perasan pun menu kt sebelah aku. Bila sorang2 asyik datang belek dan bisik2…aku pun pelik dan nak tau jugak apa sebabnya kan… Ya’Allah, rupa2nya…kedai tu serve “Lembu Pendek”! Ya Ampun..time tu rasa nak muntah bagai…No wonder ramai yg cari toilet nak muntahkn balik…huhuhu…Aku pun belek la kt menu tu…memang betul bagai di kata… Iyerla sangat tak served pork. B****H!! Macam2 menu pork ada…pork masak chili la…masak steam la….masak tu la..masak ni la…Ya’Allah, sume pakat benggang… Bila sound kt Ketua Committee…selamba badak je dia ckp, owh…dapur asing2…diowg tak campur…takde babi dalam masakan kami la…kepala hotak dia…dia ingat HALAL org Islam ni mcm mana agaknya…Ramai yg tak puas hati dan mintak committee bawak benda ni ke HR dan amik tindakan.

Bila bas sampai, sume pakat naik ngan muka benggang… Time tu bila travel agent si Jimmy tu tanya macam mana lunch tadi? Ramai jawab nak muntah balik…then bila Jimmy tu ckp tempat nak pegi berikutnya ialah bla…bla…bla… ramai suara2 sumbang dok perli…halal tak tempat tu? Tapi boleh pulak mamat ni buat muka selamba je…mcm takde apa2 jadi…Sah kena boikot dah agency ni next year…padan muka!

Next trip kami ke Vigor Kobo (DIY Pineapple Tart). Kat sini kami berpeluang utk uli dan buat sendiri tart nenas. Actually tepung dan nenas sume dah uli dan siap…Tugas kami cuma tekan2, masukkan inti dan letak dlm loyang yg disediakan je…hahahahaha… Yg best bila tgk bos2 besar Japaness ni kena uli2 tepung tu…Menarik jugak…Abis je uli dan letak dlm loyang, diowg ajak sume naik bahagian atas utk bahagian pembakaran. Time tu aku tak pegi sebab kelam kabut nak solat… Kami solat pun dalam bas. Kebetulan ada ruangan utk letak barang (maklumlah bas 2 tingkat)… So pakat2 solat secara duduk sebab dan berdiri memang tak boleh…naik cramp kaki aku bila kena duduk atas benda yg keras… Tapi sebab jalankan tanggungjawab, redha je la asalkan kewajipan dilaksanakan…. 





Kebetulan time ni ada FREE WIFI…so pakat2 on wifi dan update apa yg patut kat Facebook…hahahahaha..Aku seperti biasa, mengambil kesempatan utk call suami tercinta…hehehehe… Aku sempat la citer kt dia pas kes lunch tadi. Tp suami aku cuma cakap, ingat darurat je. Kalau tak makan aku sakit, badan lemah…huhuhu…BAIKLAH….dgr cakap suami je….

Time tu almost petang dah…so next trip kami ke Ximending utk shopping!! Kt sini ala2 mcm Bukit Bintang….so banyakla kedai yang jual gadget2 telefon, baju2 dan mcm2 la ada dijual di sini pendek kata…hehehehe… Kat sini aku beli handbag yang kalis air katanya…ONLY MADE IN TAIWAN……harga dia? Bolehla…tak semahal handbag brand yg terkenal…dlm RM50-60 je…tapi aku suak design dia yg ala2 vintage tu….hehehehe…Pastu aku sempat sambar patung kepala “Hello Kitty” utk anak buah aku…Tak banyak sgt aku shopping kt sini…cuma abiskan saki baki duit yg ada… Aku tukar pun tak byk…tak mcm time g Perth dulu…almost RM2000 aku shopping masa g sana…Kat Taipei aku budget RM500 je…heehe..beza kan?? Hahahaha…

After shopping kami bergerak untuk dinner… Time dinner ramai yg boikot taknak makan. AJK siap mintak sijil cop halal kt restoran  tu…tapi restoran tu ckp diowg cuma ada yg main branch je…kt restorab diowg tak dapat lagi…ermmm…So aku folo salah sorang bos muslim yg bagi aku dia agak straight bab2 ni…Kalau dia makan, aku leh makan…tp agains! Aku makan seafood je…yg lain2 memang aku tak sentuh…Restoran ni tak serve pork…Bos Muslim tu Mr J tanya aku, ada was2 tak…aku cakap takde utk seafood…So aku makan je sikit…Cuma bahan2 dia wallahu’alam… Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Segalanya… Masa dinner ni ada persembahan dari Persatuan Kebudayaan diowg… Walaupun bahasa yg digunakan aku tak faham…aku still enjoy jugak…gelak jugakla walaupun dalam hati masih membara ingatkan kes lunch ptg tadi…

Dinner abis around 9.30pm…sebab aktiviti malam tu dikhaskan utk org yg nak sambung shopping kt Shihlin Night Market…Tempat shopping kami hari first kami sampai…Memandangkan duit aku dah abis…yg tinggal cuma suit syiling dlm RM4.30, so aku pun balik je ke hotel utk pack2 barang dan rehatkan badan…esok time utk balik ke Malaysia! Yahooooo….

Tak sabar rasanya nak jumpa bantal buchuk aku tu…heehehe….

Till now…itu je mampu aku share ngan korang…. In shaa Allah, kalau ada masa lagi, aku akan update lagi blog kesayangan aku ni…hehehehe…

Actually byk benda yg aku nak citer, tapi tu la..Malas nak menaip panjang jela…Nak buat ringkas2 macam blogorg lain tu memangla aku tak pandai…hahahahahaha…

Sampai jumpa lagi utk next entry!
Chow….

Assalammualaikum!

Oct 23, 2013

Taipei!! Here I come....

As'Salam uols...

Come back with my hot and latest story....


Last week 19-21 October 2013 aku pegi Taipei Taiwan...nak kata best sgt tu takdela..bolehla.. Sebab Taipei bukanlah salah satu tempat yang aku idam2kan...hehehehe...Memandangkan company dah sponsor sume duit flight dan penginapan...Aku cuma bawak duit shopping je...tu pun aku tukar tak byk...Taiwan Dollar $5000 je..bersamaan dengan RM565 duit Malaysia..



Flight kami seawal 1.55pagi Sabtu 19/10...So dlm kul 11.30 tu kami sume dah start kena berkumpul di KLIA...Pehhh...naik China Airlines kali ni..last year trip ke Perth, Australia naik Air Asia je...hehehehe...


So after check in dan settlekan luggage sume, aku pun spend time ngan incik suami sementara masa masih ada..Time tu dah start mengantuk actually, sebab aku selalu tido awal around 10-11pm..Tp excited sgt sebab nak naik China Airlines...konon2 pk ala2 KLM Airlines masa g Sweden dulu, aku tahan je mata...Dlm kul 1.00 pagi tu aku terpaksa say Good Bye to incik suami...sob..sob...sob...Sedih gak rasa sampai bergenang airmata sebab ni first time aku nak berjauhan dan berpisah ngan dia after kami kawen...Ikutkn hati aku memang malas dah nak pegi, tp memandangkan dah takleh nak cancel...so aku gagahkan jugak la melangkah ke immigration...


After selamat masuk tmpt boarding, aku terus join group sementara tungu flight dah ok utk kami masuk..Kali ni trip kami di bawah agent Harpers Travel...bukan lagi May Flower mcm tahun lepas... Bila melangkah kaki je...alahai...sama je flight mcm Air Asia...maybe sebab flight ni kecik..so takde screen leh layan movie bagai...Dlm kepala otak aku pk nak tido je...Dahla dapat seat tgh2...antara Mr A dan Miss A...ermm..tahun lepas pun dok sebelah mamat ni...layankan aje...


Ready to fly.....sempat snap picture dulu sebelum off hp..hehehe...
Aku tertido dan sedar dlm kul 3 pagi bila diowg serve nasi lauk ayam masak ala2 rendang...Tp ckp curry ayam..hahahaha...pas makan ala kadar..aku sambung tido balik sampaila aku sedar dah selamat nak landing di bumi Taiwan...hehehehe..


Turun2 je, amik luggage dan g toilet...Basuh muka, gosok gigi dan tukar lens sebab pasni kami terus g jenjalan tanpa check in hotel dulu..huhuhu....Nasib la spray minyak wangi yg mahal punya...so leh tahan lama...muahahahaha....


Mamat belakang aku tu Travel Agent utk Coach A...Ai Zek namanya...
Yg awek tu Rebbeca utk Coach B. :)

Sepanjang perjalanan aku menikmati pemandangan Taipei Taiwan...peehhh...Kat sini highway ni boleh dikatakan 3 tingkat...Takde langsung kesesakan jalanraya yg aku tgk...Asap hitam berkepol2 pun takde mcm kt Malaysia...Lori Isuzu kt Taipei pun dah pakai Euro5...kat Malaysia je baru Euro2...no wonderla takde asap...muahahahaha...










First tmpt yg kami melawat ialah Chiang Kai-shek Memorial Hall...Monumen yang paling terkenal di Bandar City Taipei...Memorial Hall ini merupakan mercu tanda dan tarikan pelancong yang di dirikan dalam ingatan Generalisimo Chiang Kai-shek, bekas Presiden Republik China.. Aku difahamkan jugak banyak upacara ketenteraan di adakan di sini...Kebetulan semasa kami datang, ada pertunjukan perbarisan di sana sempena Hari Kebangsaan Negara Taiwan pada 10 Oktober 2013...no wonder la sepanjang perjalanan aku nampak banyak sgt bendera Taiwan dikibarkan...


Depan pintu masuk Chiang Kai-shek Memorial Hall



Berlatar belakangkan Memorial Hall






Pertukaran shift Guard yang bertugas..sebelum tu diowg buat pertunjukan kawad senjata dulu...

Ni la patung replika Presiden Republik China, Chiang Kai-shek 



Second place yg diowg ni bawak aku jenjalan ialah ke Taipei 101 Shopping Mall..Dahulunya dikenali sebagai Pusat Kewangan Dunia Taipei...Ia adalah sebuah bangunan pencakar langit mercu tanda yang terletak di Xinyi District, Taipei Taiwan. Taipei 101 ni ala2 mcm KLCC  la jugak...Bila masuk dlm tu mcm2 butik branded yg ada...Yang mampu aku buat ialah snap picture je la...hahahaha...Nak beli memangla tak mampu lagi...So cuci mata dr luar jela..hahahaha...Masa yg diperlukan untuk naik ke atas dari Level 5 ke Level 89 cuma 45 sections!! Giler tak...betapa canggihnya lif dan teknologi diowg ni...Dlm tu masa naik tak rasa langsung bergoyang ke apa... Yang best, aku naik lagi tangga sampai ke tingkat 91 dengan ketinggian 390metres dari darat...peehh...permandangan memang cantik sgt2...penuh ngan pembangunan kota Taipei..


Sempat posing masa tunggu turn nak naik lif.. ^_^

City of Taipei Taiwan
  
Penuh dengan pembangunan...





Berada di Tingkat 91 dengan ketinggian 390metres...


Maskot Taipei 101


Alat teknologi yg dipasang dlm lif yg membolehkan lif naik hanya 45section ke tingakt 89 dr Level 5



Cuci mata je la tgk butik2 branded...hahahahaha...




Menara 101 Taipei Taiwan

With my friend Rafidah :)
Abis je turun dari Taipei 101, perut dah start bekeroncong...ialah...last makan hanya pukul 3 pagi tu pun dlm flight je...Tak ke lapar tahap gaban! Kami makan di sebuah kedai restoran muslim kt sana..Masa masuk kedai ni aku memang nampak tanda "Halal" besar2 kt depan pintu..Yang paling best, sume pekerja dia pakai scarf...Then kami dah mcm ikan pirahna time tu...sume makan tak toleh kiri kanan... Makanan dia pun not bad! Aku suka tomyam dia, memang kena ngan selera aku.. Tgh makan, owner restoran tu siap gtau kalau nak solat boleh turun level bawah... Diowg memang sediakn khas utk org Muslim nak solat...Siap bentang sejadah siap2 ikut arah Kiblat...Alhamdulillah, selamat kami sebab yakin memang restoran ni MUSLIM dan HALAL..Punyala lapar sampai lupa nak snap picture makanan...hahahaha...nama restoran pun lupa dah...muahahaha...



After sume dah selesai melantak dan solat jamak, kami teruskan perjalanan kami Ke Tamsui Fisherman's Wharf.. Tamsui Fishermans's Wharf terletak di tepi hiliran bandar Taipei sendiri..Kat sini byk kedai kopi santai dan juadah chinesse...kami hanya mampu tgk je la diowg ni beli dan makan...sob..sob..sob. Kat sini jugak banyak terdapat restoran seafood dengan harga yang reasonable espeacilly untuk pelawat dari negara-negara Barat...Perjalanan dr bandar Taipei ke sini mengambil masa lebih kurang sejam la jugak..yg bestnya, masa travel agent "Ai Zek" tu dok citer history Bandar Taipei ni...sorang2 dah start tido...hahahaha...mana taknya, lepas makan kenyang...sume mata dah layu kuyup...Sampai Ai Zek ni cakap, takde org nak dgr dia bercakap kt depan..Aku time tu pun dah tido2 ayam...sedar2 je diowg kejutkn suh bangun dan turun bas...Mata terkebil2 time tu..kelat2...sambil dok pk kat mana la aku...hahahaha...kekenyangan dan ketiduran sampai terlupa aku berada di negara org...Time ni aku kureng sgt mood nak bergambar...Kami just jalan2 amik angin je..memang best angin dia..maklumlah, tepi laut kan...Almost 1 hour spend time kt sini, kami pun nak gerak ke destinasi berikutnya...dgr kata kt sana leh shopping!!! Yahhooo...








Ramainya umat...hahahahaha...sume dok tgk kuda...Kuda je tgk haku...hehehehe...
4th places yg kami sampai ialah Tamsui Old Street..Terletak di sepanjang Tamsui (Danshui) River yang mana ianya merupakan kawasan membeli-belah pejalan kaki.. Kat sini diowg menawarkan pelancong pelbagai pilihan restoran, arked, dan kedai-kedai yang pakar dalam kraftangan tradisional...Alahai ingat best la sgt, takde pun..Ala2 Penang Street je..Yg banyak ialah makanan chinesse jugak...Ada la jugak jual gift dan souvenir, tp tak banyak.. So aku sempat rembat je key chain dan fridge magnet sikit untuk diri sendiri je...Sebab fikir, nanti mesti ada tempat yg lagi best dan banyak choice..Memandangkan Tamsui ni memang bersebelahan ngan pantai, so ramaila yg lepak petang2 ni sambil tgk Sunset...Ada gak couple2 yg dok buat wayang free tgh2 org ramai tu...Memang takde malu punya...Setakat kiss tu aku takdela heran sangat...Ni aku tgh si laki dah stim terlebih dah...hahahaha...Tp sapa kisah kt sana kan...Aku nak snap picture dgn sunset yg cantik tu tapi tak sempat sebab bila turn aku je matahari dah terbenam....sob...sob...sob...Sempat snap pic utk my friend je Diani...Ni la partner aku dlm bas...dan dalam bilik...Last year pun duk ngan dia gak...hahahaha..

Sebab dok suh Diani ni adjust tangan byk kali  semata2 nak snap konon2 tgh pegang matahari la, aku tak sempat nak buat cenggini jugak...hahahahaha...padan muka!

Sunset yang cantik di Tamsui Old Street Taiwan...Subhana'Allah...

Haa...kapel ni la aku cakap...muahahahaha...

Puppy comel ni namanya Tuo-tuo...bila aku panggil nama dia...terkebil2 mata dia...hehehehe...cute!

After that, we proceed ngan dinner dekat hotel mana ntah...Tp kat sini aku kureng sikit nak makan sebab menu dia bukan favourite aku mcm lunch tadi...So aku makan ala kadar je alas perut...Plus aku amik seafood je sebab dlm hati dah timbul sikit "Syubhah"...Aku niat darurat je time tu...
Nasib one of our clique bawak serunding, so ada yg mkn nasi ngan serunding...Aku plak bila menu udang dtg terus je amik sekor dan cicah ngan ketchup yg ada...Bila rasa je, aku rasa nak muntah plus terus pening...Ketcup apa daa....lain macam je rasanya...uweeekkkk...!!! After that, aku terus stop makan...
Kepala dah start pusing2...cis! Nasib tak terkeluar balik isi perut aku dr tengahari tadi...



Bila sume dah selesai memenuhikan tangki perut...now again...time for shopping!!! Tempat yg diowg ni bawak kami ialah kt Shihlin Night Market...Shihlin Night Market merupakan pasar malam di Daerah Shilin Taipei, Taiwan dan sering dianggap sebagai pasar malam terbesar dan paling terkenal di bandar. Kat sini mcm2 dia jual..Aku nampak buah jambu so aku pun beli la konon2 ingat mcm kt Malaysia harganya..Just imagine...2 buah jambu air yg kaler merah tu (sederhana besar) bersamaan dengan Taiwan $183...lebih kurang RM20 duit Malaysia!! Giler ke apa.....ke aku yang kena ketuk ni!! Kalau kt Malaysia aku dah boleh beli 2 kilo buah jambu tu...Tapi memandangkan amoi Taiwan tu dah potong2....plus memang aku nak makan something utk hilangkan lidah aku yg payau dek makan ketchup tadi, aku ngan muka kelat pun bayar je la sambil menyumpah dlm hati...huhuhuhu...Aku sempat sambar tshirt utk souvenir diri sendiri, hubby dan family aku...Ada la dekat 8 helai sumenya...Tp frust sebab cari utk anak2 buah aku takde..Kalau ada pun tshirt budak, sume yg design biasa je..Takde plak tulis perkataan "Taiwan" or "I Love Taiwan"...Takpela, maybe esok aku jumpa..

Kat sini byk gak diowg jual powerbank..Aku beli jugak satu sebab yg jual tu org Malaysia...Lebih tepat lagi org Penang Air Itam..20,000mAh = RM67.80 (Taiwan $600)..bolehla...Kalau kt Malaysia mana nak jumpa kan...Dia kata warranty sebulan..Kalau rosak CNY dia balik Penang leh tukar. So aku amik no dia siap2...hehehehe...Yang lain2 aku tgk giler shopping sampai ada yg kena tinggal bas..Iyerla, Shihlin Night Market tu tgh2 bandar..ala2 Petaling Street, so bas pelancong takleh parking dah tunggu kt situ lama2 sebab undang2 sana sangatla straight, silap2 boleh kena saman.. Terpaksa la bas tu pusing sekali lagi nak amik 3 kawan kami yg tertinggal...Haa...tu la...shopping tak henggat dunia...muahahahaha...



After that, sume dah mengantuk...seharian berjalan non-stop...So next places...CHECK-IN HOTEL dlm pukul 10.30 malam...hahahahaha... Sampai bilik je aku letak barang2 terus turun bawah lobi on wifi dan call hubby...Nak wat camne, kat lobi je yg ada internet...Dlm bilik takde..hilanglah sekejap rindu kt incik suami dapat call guna "LINE", walaupun line tenet kt sana macam h***m je....Kejap dapat..kejap putus...After update serba sikit dan citer pasal esok punya schedule, aku ckp aku dah penat sgt...Nak rest sebab esok morning call 6.00am. Pukul 7.30pagi dah kena ada atas bas....Incik suami suh aku jaga diri dan dia ckp dia rindu kt aku...hehehehe...sejuk rasa hati...Aku pun rindu gak kt dia...muahahaha...tp bila jalan2 tu ada gak terlupa...muahahaha...jgn marah ye Bie...gurau2 je...

So after naik bilik, aku mandi dan siap2 iron baju utk esok dan  apa lagi....panjat atas katil...tarik comforter dan terus ZZzzzzzZZzzzzzZZZZzzzz...



To be continued 2nd Day in next entry....

Hahahahahaha....